Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT)

Pengenalan

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT As-Syakirin) ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama.

Memberi pendidikan Islam yang terancang, teknik pembelajaran yang efektif, penuh intensif berinovatif bersesuaian dan berteraskan Tauhid selaras dengan tuntutan Allah SWT.

Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi cawangan BSP dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Peperiksaan yang akan diduduki ialah UPKK, PSRA bagi cawangan BSP, manakala peperiksaan UPKK dan UPSRA bagi cawangan Alam Damai.

Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al Quran.

Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Info Persekolahan

Subjek Akademik Subjek Dinniyah
1. Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan ) 1. Tahfiz Al-Quran / Hira’
2. Bahasa Inggeris 2. Akhlak
3. Matematik 3. Bahasa Arab
4. Sains 4. Feqah
5. Jawi / Imlak / Khat
6. Sirah
7. Tajwid
8. Tauhid
  • Boleh membaca Al-Quran dan menulis Jawi

Pengetua : Ustaz Mohd Fairuz bin Mamat

  • Pejabat : ( + 603 ) 8920 0711
  • Pengetua : ( + 6019 ) 4120 306

NOTA TAMBAHAN

1) Yuran Pendaftaran & Kos Pentadbiran (pelajar baru sahaja)
● Kos pentadbiran perlu dibayar sebelum mengambil ujian kelayakan
● Yuran daftar perlu dijelaskan selepas menerima surat tawaran sekolah
● Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan

2) Yuran Tahunan
● Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum bermula sesi persekolahan
● Yuran tahunan tidak akan dikembalikan

3) Yuran Bulanan
● Yuran perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada setiap bulan
● Yuran makan adalah WAJIB kepada semua pelajar

4) Diskaun Yuran
● Tolakan 10% untuk yuran sekolah (Januari sehingga Disember), sekiranya bayaran penuh setahun dibuat sekaligus.
● Tolakan 5% untuk yuran sekolah bagi yang mempunyai 3 beradik dan ke atas.

 

CARA PEMBAYARAN YURAN
a) Cek berpalang atas nama AS SYAKIRIN LEARNING GROUP SDN BHD
b) Pindahan tunai atau deposit ke akaun BANK MUAMALAT 1402-0003-5187-17 ; rujukan (nama pelajar,bulan bayaran & kelas)
c) Bukti pembayaran perlu diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Sekolah atau emailkan ke [email protected] beserta maklumat lengkap anak.

Kurikulum

  • Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al-Quran
  • Korikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Menggunakan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakkan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA)
  • Juga menggunakan kurikulum daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Kesinambungan Persekolahan

Pelajar yang tamat dari sekolah ini layak meneruskan pengajian ke institusi berikut :

  • Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin ( SMIIT As-Syakirin )
  • Sekolah Menengah Agama JAIS
  • Sekolah Menengah Kerajaan
  • Sekolah Menengah Swasta

dan seterusnya ke Institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan luar negara.

Waktu Pengajian

  • 7.30 pagi – 3.30 petang ( Setiap hari Isnin hingga Khamis )
  • 7.30 pagi – 12.30 tengahari ( Jumaat sahaja )
  • Cuti hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum

Aktiviti & Ko-kurikulum

  • Tunas Kadet Amal Malaysia
  • Seni Bela Diri Taekwondo
  • Kelab Seni Kreatif & Rekacipta
  • Sukan Memanah & Berenang
  • Seminar & Motivasi Pelajar
  • Kursus Kepimpinan & Jati Diri
  • Lawatan & Perkhemahan
  • Hari Sukan & Hari Terbuka
  • Hari Kecemerlangan Pelajar (Ihtifal)

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.

Sebarang pertanyaan, sila hantar Whatsapp kepada kami.