Projek Pembangunan Sekolah

Pihak As-Syakirin memohon sumbangan ikhlas dari para penderma yang budiman untuk membangunkan bangunan Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) As-Syakirin di atas lot 30677, Taman Cheras Utama, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi As-Syakirin (“AS-SYAKIRIN”), Taman Cheras Utama telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 2001 dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) pada 20hb. Julai, 2001. Pusat pengajian yang terdiri daripada Tadika Islam, Taska, PlaySchool, Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) dan Sekolah Rendah Islam ini mempunyai pelajar seramai lebih kurang 800 pelajar.

Setiap tahun bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini kian meningkat. Oleh yang demikian, pihak sekolah memerlukan bangunan baru bagi menampung permintaan. Pihak Lembaga Tadbir Sekolah (LTS) telah bersetuju untuk membina bangunan baru bertempat di lot 30677, Taman Cheras Utama, Selangor Darul Ehsan yang mana tanahnya telahpun mendapat pewartaan pada April 2010 yang lalu dari Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat.

Kos pembinaan bangunan tersebut menelan belanja sebanyak RM5 juta. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan bagi menjayakan projek ini.

Kerjasama daripada Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

No. Surat Kebenaran Mengutip Derma Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) : MAIS/E/MAL/03-2/001/03-3/7

No. Ruj. Pengecualian Cukai Pendapatan : LHDN.01/35/42/51/179-7

Lokasi Tapak Cadangan : Lot 30677, Taman Cheras Utama, Selangor Darul Ehsan

Maklumat Sumbangan:

PENAMA AKAUN :
PEMBANGUNAN KAFA INTEGRASI AS-SYAKIRIN

NO. AKAUN :
1209 2010 0325 76

NAMA BANK :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Tn. Hj. Helmi Azhar Harun
    +6019 – 369 2534
    [email protected] / [email protected]
Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.