Info Sekolah

Pengenalan As-Syakirin

Sekolah Agama As-Syakirin (“AS-SYAKIRIN”), Taman Cheras Utama telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 2001 dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) pada 20hb. Julai, 2001.

Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

As-Syakirin menyediakan satu pendidikan dan penjagaan yang formal khususnya untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun hingga ke peringkat sekolah menengah.

Dengan menggunakan dan mengaplikasi sepenuhnya sistem Tahfiz, kurikulum (JAIS), KSSR dan KBSM, para pelajar diberi tunjuk ajar ke arah kecemerlangan dengan pengisian meliputi keilmuan dunia dan akhirat dan pada masa yang sama merealisasikan cita-cita dan hasrat untuk menjayakan sebuah pusat pendidikan agama khususnya dari peringkat pra tahfiz, sekolah rendah hingga ke peringkat menengah.

Sekolah yang membawa konsep “one stop centre” yang memberi ibu bapa peluang untuk memilih jenis persekolahan anak-anak mereka dari peringkat penjagaan Taska, Playschool, Pra-Tahfiz, Tadika, Kafa, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Tahfiz sepenuh masa dan juga kemudahan asrama.

Sekolah AS-SYAKIRIN menggabungkan Tahfiz Al Quran, Dinniyah dan juga Akademik Kementerian Pelajaran Malaysia.

Visi Kami

  • Melahirkan generasi Huffaz yang soleh, pintar & berkemahiran melalui pendidikan berteraskan Al-Quran & Sunnah.

Misi Kami

  • Mewujudkan suasana pembelajaran & pengajaran yang bertunaskan pendidikan Islam & berintegtrasi.
  • Menjadikan hafalan Al-Quran sebagai perkara asas dalam kejayaan.
  • Melaksanakan program pendidikan yang berkualiti dan berkesan.
  • Melaksanakan pengurusan mengikut Maqasid Syariah dalam system pendidikan dan Ko-Kurikulum.

MOTO

  • “WHERE KHALIFAH BEGINS”

Matlamat Kami

  1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam.
  2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
  3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.
  4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara.

Arkib Video

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.