Akademik

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SMIIT)

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin ( SMIIT As-Syakirin ) merupakan kesinambungan Sekolah Rendah Islam As-Syakirin (SERI).

read more
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT)

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT) ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama.

read more
KAFA Integrasi

KAFA Integrasi As-Syakirin adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ) telah memulakan operasinya pada tahun 2001. Sekolah ini menawarkan matapelajaran agama yang menggunakan sukatan pelajaran JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).

read more
Tadika Islam

Menyediakan pendidikan pra-sekolah untuk pelajar berumur 5 dan 6 tahun yang merangkumi pendidikan agama dengan akademik. Kurikulum dan Kokurikulumnya telah direkabentuk untuk memberikan persediaan penuh kepada anak-anak menghadapi alam persekolahan penuh.

read more
Playschool & Playland

As-Syakirin Playschool & Playland merupakan pusat perkembangan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun yang berkonsepkan kelas bimbingan asas dengan penerapan elemen pembelajaran secara permainan berteraskan konsep islamik. Ia akan memberi keceriaan dan mewarnai kehidupan kanak-kanak semasa ibubapa sedang bekerja.

read more
Pra-Tahfiz Elite Kids’

As-Syakirin Pra Tahfiz Elite Kids merupakan pendidikan pra sekolah untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun yang disertakan dengan gabungan dua kaedah pembelajaran terkini iaitu silibus hafazan Al-Quran dan kaedah multimedia Elite Kids yang menyeronokkan dan penuh interaktif.

read more
Kelas Iqra / Al-Quran

Kelas Iqra / Al-Quran adalah terbuka untuk semua pelajar-pelajar As-Syakirin dan juga pelajar-pelajar luar.

read more
Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.