Pengenalan
Terbuka kepada calon warganegara berumur 21-28 tahun.
– Mempunyai diploma dalam bidang akademik atau setaraf dengannya.
– Mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Rendah
– Calon mestilah boleh mengajar subjek UPSR
Department: Pendidikan
Project Location(s): Alam Damai
Education: Diploma
Ciri kelayakan
- Mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Agama Kerajaan atau pun Swasta.
- Boleh bekerja secara serius selama 2 tahun.
- Suka mengajar dan menguruskan kanak-kanak.
- Boleh hormat dan mendengar arahan pihak atasan.
- Sabar.
- Amanah dalam menepati masa waktu bekerja (punctual).
- Berpewatakan dan berketerampilan menarik.
- Mahir berbahasa inggeris dan mahir jawi.
- Tak merungut apabila diberi tugasan (tidak berkira kerja).
- Komited dan energetik dalam melaksanakan arahan serta tugasan dari pihak atasan dengan baik dan positif.
- Boleh dan perlu kerja lebih masa(overtime).
- “Sporting” dan dapat memberikan sepenuh kerjasama.
- Dapat menjaga kedatangan dengan baik (waktu kerja/persiapan program/aktiviti).
- Seorang yang aktif dalam semua program sekolah.
- Tidak membawa unsur negatif atau berpolitik dalam bekerja.
- Guru moden dan berwawasan.
- Calon ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan.
- Mahir Microsoft Word, Excel dan Powerpoint serta menaip jawi.
- Suka belajar perkara yang baharu.
- Menjadikan profesion pendidik sebagai kerjaya.
Tugasan
- Membuat rancangan pengajaran dengan lengkap dan kreatif.
- Menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan kaedah tersendiri.
- Dapat mengawal disiplin pelajar.
- Memberi konsultasi kepada ibu bapa sekiranya diperlukan.
- Bersama-sama terlibat dalam menguruskan promosi As-Syakirin.
- Memegang jawatan dalam organisasi (sekiranya diberi tanggungjawab) dengan baik dan amanah.
- Bersedia menerima arahan dari semasa ke semasa dari pihak pentadbir sekolah.
- Sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dan peraturan sekolah.
- Terlibat dalam aktiviti pemasaran dalam penjenamaan sekolah.
- Terlibat dalam segala urusan pentadbiran sekolah.
- Terlibat dalam menguruskan program/aktiviti sekolah.
- Menguruskan segala keperluan pelajar.