Taska Raudah

Pengenalan

Taska Raudah merupakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak bagi ibu bapa yang bekerja. Pakej merangkumi persiapan pelajar ke sekolah agama, sekolah kebangsaan dan juga tadika.

Kami juga menyediakan kemudahan “Transit” untuk pelajar-pelajar. Keselamatan dan keselesaan anak-anak anda adalah keutamaan kami.

Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

  • Menetap di taska dan menghadiri kelas Tadika.
  • Menetap di taska dan menghadiri kelas Kafa dan Sekolah Kebangsaan.
  • Penjagaan kanak-kanak 1 tahun ke atas.
  • Umur 1 tahun ke atas.
  • Isnin – Jumaat : 6.30 pagi hingga 6.00 ptg

WAKTU OPERASI TASKA
6.30 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Cuti Taska : Cuti Umum

NOTA TAMBAHAN :

1) Yuran Pendaftaran & Kos Pentadbiran (pelajar baru sahaja)
● Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan

2) Yuran Tahunan
● Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum bermula sesi persekolahan
● Yuran tahunan tidak akan dikembalikan

3) Yuran Bulanan
● Yuran perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada setiap bulan

4) Diskaun Yuran
● Tolakan 10% untuk yuran sekolah (Januari sehingga Disember), sekiranya bayaran penuh setahun dibuat sekaligus.
● Tolakan 5% untuk yuran sekolah bagi yang mempunyai 3 beradik dan ke atas.

CARA PEMBAYARAN YURAN
a) Cek berpalang atas nama AS SYAKIRIN LEARNING GROUP SDN BHD
b) Pindahan tunai atau deposit ke akaun BANK MUAMALAT 1402-0003-5187-17 ; rujukan (nama pelajar,bulan bayaran & kelas)
c) Bukti pembayaran perlu diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Sekolah atau emailkan ke [email protected] beserta maklumat lengkap anak.

Galeri Taska

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.

Sebarang pertanyaan, sila hantar Whatsapp kepada kami.