Tadika Islam

Pengenalan

Menyediakan pendidikan pra-sekolah untuk pelajar berumur 5 dan 6 tahun yang merangkumi pendidikan agama dengan akademik. Kurikulum dan Kokurikulumnya telah direkabentuk untuk memberikan persediaan penuh kepada anak-anak menghadapi alam persekolahan penuh.

Pembelajaran akademik dan agamanya mengikut sukatan Kurikulum Pra-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Program MIKIDs yang menggunakan konsep multimedia sepenuhnya telah pun dimulakan di Tadika Islam As-Syakirin. Program yang penuh berinteraktif ini memberi satu skop pembelajaran yang terbaru yang telah dibuktikan amat berkesan dalam mendidik pelajar-pelajar ke arah penguasaan Bahasa Inggeris .

Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Pakej Persekolahan

Kemudahan Mengaji

Iqra’ / Al-Quran / Hira’

Kemudahan Taska
Akademik Agama
Menggunakan konsep Multimedia Elite Kids. • Asas Fardhu Ain (Amali Solat & Hafazan Doa )
• Bahasa Malaysia • Hafazan Al-Quran
• Matematik • Jawi
• Sains
• Bahasa Inggeris
  • Umur 5 tahun – 6 tahun

NOTA :

1) Yuran Pendaftaran & Kos Pentadbiran (pelajar baru sahaja)
● Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan

2) Yuran Tahunan
● Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum bermula sesi persekolahan
● Yuran tahunan tidak akan dikembalikan

3) Yuran Bulanan
● Yuran perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada setiap bulan

4) Diskaun Yuran
● Tolakan 10% untuk yuran sekolah (Januari sehingga Disember), sekiranya bayaran penuh setahun dibuat sekaligus.
● Tolakan 5% untuk yuran sekolah bagi yang mempunyai 3 beradik dan ke atas.

CARA PEMBAYARAN YURAN
a) Cek berpalang atas nama AS SYAKIRIN LEARNING GROUP SDN BHD
b) Pindahan tunai atau deposit ke akaun BANK MUAMALAT 1402-0003-5187-17 ; rujukan (nama pelajar,bulan bayaran & kelas)
c) Bukti pembayaran perlu diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Sekolah atau emailkan ke [email protected] beserta maklumat lengkap anak.

Waktu Pengajian

  • Sesi pagi : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Galeri Tadika

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.

Sebarang pertanyaan, sila hantar Whatsapp kepada kami.