KAFA Integrasi

Pengenalan

KAFA Integrasi As-Syakirin adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ) telah memulakan operasinya pada tahun 2001. Sekolah ini menawarkan matapelajaran agama yang menggunakan sukatan pelajaran JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).

Pengambilan pelajar bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6.

Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh JAIS.

Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.

Ingin tahu lebih lanjut?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Pakej Persekolahan

Kemudahan Mengaji

Iqra / Al-Quran

Kemudahan Taska & Transit

lihat destinasi

TAHAP 1 (DARJAH 1-3) TAHAP 2 (DARJAH 4-6)
• Feqah • Semua subjek tahap 1
• Akhlak • Tambahan 4 subjek :
• Tauhid ­Tajwid
• Hafazan ­Khat
• Tilawah Al-Quran ­Sirah
• Asas Jawi ­Imlak
  • Darjah 1 ( 7 tahun ) hingga Darjah 6

Nota:

1) Yuran Pendaftaran

● Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan

2) Yuran Tahunan

● Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum bermula sesi persekolahan

● Yuran tahunan tidak akan dikembalikan

3) Yuran Bulanan

● Yuran bulanan perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada setiap bulan

4) Diskaun Yuran

● Tolakan 10% untuk yuran sekolah (Januari sehingga Disember), sekiranya bayaran penuh setahun dibuat sekaligus.

● Tolakan 5% untuk yuran bulanan bagi yang mempunyai 3 beradik dan ke atas.

CARA PEMBAYARAN YURAN
a) Cek berpalang atas nama AS SYAKIRIN LEARNING GROUP SDN BHD
b) Pindahan tunai atau deposit ke akaun BANK MUAMALAT 1402-0003-5187-17 ; rujukan (nama pelajar,bulan bayaran & kelas)
c) Bukti pembayaran perlu diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Sekolah atau emailkan ke [email protected] beserta maklumat lengkap anak.

Waktu Pengajian

  • Sesi pagi : 7.30 pagi – 10.45 pagi
  • Sesi petang : 2.30 ptg – 5.45 ptg
  • Cuti hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum

Aktiviti & Ko-kurikulum

  • Seminar & Motivasi Pelajar
  • Kursus Kepimpinan Pelajar

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.

Sebarang pertanyaan, sila hantar Whatsapp kepada kami.