Sembang Santai Pra Sekolah As-Syakirin

Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Mei 2017
Tempat : Bandar Seri Putra.

Alhamdulillah, telah berjalan program Sembang Santai Pra Sekolah As-Syakirin bersama ibu bapa pada hari Sabtu yang lepas. Di dalam program tersebut juga telah diadakan beberapa aktiviti-aktiviti menarik antara anak-anak bersama ibu bapa.

Sambutan yang sangat baik daripada pihak ibu bapa telah membuatkan program ini menjadi lebih meriah ditambah dengan gelagat-gelagat anak-anak yang hadir.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak antara sekolah dan juga pihak ibu bapa serta anak-anak.

“WHERE KHALIFAH BEGINS”

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.