Program KEM Mumtaz UPSRA/PSRA 2016

Terlaksana sudah Takwim sekolah akan Program KEM Mumtaz UPSRA/PSRA 2016 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 13-14 Ogos 2016 Di Photon Valley Eco Resort, Hulu Langat.

Objektif khusus program untuk pelajar tahun 6 ini adalah memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan, memberi pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan, menguasai sepenuhnya topik dan kemahiran yang diajar melalui contoh soalan yang diberikan, mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan dan masa yang akan datang serta membantu mencapai kecemerlangan pelajar As-Syakirin dalam aspek Diniyyah (Agama)

Pendedahan turut diberikan melalui praktikal pengurusan jenazah, ibadah Haji & Umrah serta amali kaedah penyembelihan ayam. Semua Modul hebat yang telah disusun dengan baik meninggalkan momen terindah dan memberikan ilmu baru serta impak positif kepada semua pelajar mahupun pasukan kerja Kem Mumtaz 2016 yang telah memberi komtimen dalam merealisasikannya. Sekalung Tahniah diucapkan!

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.