Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT)

Pengenalan

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT As-Syakirin) ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama.

Memberi pendidikan Islam yang terancang, teknik pembelajaran yang efektif, penuh intensif berinovatif bersesuaian dan berteraskan Tauhid selaras dengan tuntutan Allah SWT.

Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi cawangan BSP dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Peperiksaan yang akan diduduki ialah UPKK, PSRA bagi cawangan BSP, manakala peperiksaan UPKK dan UPSRA bagi cawangan Alam Damai.

Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al Quran.

Info Persekolahan

Subjek Akademik Subjek Dinniyah
1. Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan ) 1. Tahfiz Al-Quran / Hira’
2. Bahasa Inggeris 2. Akhlak
3. Matematik 3. Bahasa Arab
4. Sains 4. Feqah
5. Jawi / Imlak / Khat
6. Sirah
7. Tajwid
8. Tauhid
  • Boleh membaca Al-Quran dan menulis Jawi

Pengetua : Ustaz Mohd Fairuz bin Mamat

  • Pejabat : ( + 603 ) 8920 0711
  • Pengetua : ( + 6019 ) 4120 306

NOTA :

• Pembayaran yuran dan pembelian makanan pelajar harian dan asrama terus melalui De Kafe As Syakirin di talian 03-2857 6871.

• Yuran Sekolah perlu dijelaskan sebelum atau pada 5hb setiap bulan.

Makluman berkenaan dengan pembayaran yuran :-

a) Yuran pendaftaran (Pelajar Baru Sahaja) hendaklah dijelaskan sebelum menghadiri Sesi Temuduga. Sekiranya pelajar tersebut tidak berjaya di dalam temuduga, yuran pendaftaran sebanyak RM 250.00 akan dikembalikan dalam masa 2 minggu.

b) Yuran Tahunan perlu dibayar setiap tahun. (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

c) Yuran Peperiksaan Khas perlu dibayar pada bulan Februari.

d) Yuran Sekolah (Januari-November) perlu dibayar setiap bulan termasuk cuti persekolahan dan bulan Ramadhan. (Contoh Yuran November dan Disember).

e) Pelajar yang telah selesai satu sesi pengajian (telah menduduki peperiksaan akhir tahun) TETAPI berhajat untuk berhenti pada bulan Oktober, masih perlu membayar yuran November dan Disember.

Cara pembayaran :-

a) Yuran pendaftaran, yuran tahunan dan yuran Januari perlu dijelaskan secara penuh (tiada ansuran) 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

b) Maklumat pembayaran adalah seperti berikut :-

i) Bayaran melalui cek berpalang hendaklah dibuat atas nama As Syakirin Learning Group Sdn. Bhd.

ii) Bayaran pindahan tunai atau deposit ke dalam akaun Maybank 5648 5630 2562.

iii) Bayaran melalui kredit/debit kad boleh dibuat di pejabat pentadbiran sekolah.

c) Sila maklumkan pembayaran kepada pejabat pentadbiran sekolah atau e-mel ke [email protected] berserta maklumat lengkap nama pelajar, kelas, cawangan dan no. telefon dicatatkan di salinan resit tersebut.

Diskaun hanya pada yuran bulanan sahaja :-

a) Pembayaran 3 sehingga 5 bulan (5%)

b) Pembayaran 6 sehingga 12 bulan (10%)

c) 2 beradik (3%)

d) 3 beradik ke atas (5%)

Kurikulum

  • Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al-Quran
  • Korikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Menggunakan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakkan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA)
  • Juga menggunakan kurikulum daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Kesinambungan Persekolahan

Pelajar yang tamat dari sekolah ini layak meneruskan pengajian ke institusi berikut :

  • Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin ( SMIIT As-Syakirin )
  • Sekolah Menengah Agama JAIS
  • Sekolah Menengah Kerajaan
  • Sekolah Menengah Swasta

dan seterusnya ke Institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan luar negara.

Waktu Pengajian

  • 7.30 pagi – 5.00 petang ( Setiap hari Isnin hingga Khamis )
  • 7.30 pagi – 12.30 tengahari ( Jumaat sahaja )
  • Cuti hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum

Pencapaian Sekolah Dalam UPSRBilangan pelajar yang mendapat lebih dari 3A

  • Pelajar Lelaki
  • Pelajar Perempuan

Aktiviti & Ko-kurikulum

  • Tunas Kadet Amal Malaysia
  • Seni Bela Diri Taekwondo
  • Kelab Seni Kreatif & Rekacipta
  • Sukan Memanah & Berenang
  • Seminar & Motivasi Pelajar
  • Kursus Kepimpinan & Jati Diri
  • Lawatan & Perkhemahan
  • Hari Sukan & Hari Terbuka
  • Hari Kecemerlangan Pelajar (Ihtifal)

PENGUMUMAN:

Pendaftaran kemasukan pelajar darjah 1 untuk tahun 2018 di cawangan Bandar Seri Putra telah ditutup.

Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Tahun 2018 Telah Dibuka.