Majlis Makan Malam Amal SIITAS

KUALA LUMPUR, 29 MEI – Majlis Makan Malam Amal SIITAS bersama Ust Don Daniyal telah menutup tirainya semalam. Dihadiri seramai 800 tetamu yang terdiri daripada kalangan pihak penganjur, para penaja, ibubapa dan warga Assyakirin. Tidak dilupakan tetamu khas dari kalangan anak2 yatim, ibu2 tunggal dan pelajar tahfiz turut memeriahkan lagi majlis ini.

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mempermudahkan segala urusandengan penuh gemilang. Usaha selama 2 bulan ini tidak dapat dilupakan. Banyak yang telah dipelajari dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Walaupun kami diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan termasuk mendapat khabar berita sedih bahawa Ust Don Daniyal tidak dapat hadir untuk memberikan ceramahnya kerana beliau terpaksa dikejarkan ke hospital atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Akan tetapi Ust Don Daniyal sempat membuat rakaman video khas buat para tetamu.

Namun begitu slot ceramah dapat diteruskan yang digantikan oleh Ust Nushi Mahfuz yang tidak kurang hebatnya. Lebih menarik lagi kami berpeluang mendengar LIVE persembahan daripada kumpulan nasyid yang tersohor masa kini daripada Soutul Amal.

Dengan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ECO SYNERGY dan FITRAH AL-HAJJ selaku penaja utama, juga UPM HOLDING, FORTIGA dan KUISCELL. Tidak dilupakan para penaja lain iaitu CT WANI, LEVIDA dan ibubapa serta tetamu2 yang telah membeli kupon untuk menjayakan kutipan Dana Pembangunan SIITAS.

Dan akhir sekali, terima kasih kepada AJK Pelaksana serta warga Assyakirin yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan Majlis Makan Malam Amal SIITAS berjalan dengan penuh gemilang

Leave a Reply

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.