Majlis Berbuka Puasa Amal As-Syakirin

Tarikh: 2 Jun 2018
Hari: Sabtu
Tempat: Astana Banquet Hall Cyberjaya

Majlis Berbuka Puasa Amal As Syakirin & Pelancaran Tabung Dana Pembangunan Padang As Syakirin.

 

Sekolah Islam Integrasi Tahfiz As Syakirin dengan izin Allah telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Astana Banquet Hall Cyberjaya pada 2 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadhan 1439. Majlis ini diadakan sempena Pelancaran Tabung Dana Pembangunan Padang As Syakirin untuk pelajar-pelajar.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang memberi dana bagi menampung kos pembinaan tapak padang tahfiz. Juga tidak lupa kepada penaja utama dari Syarikat CT Wani.

Tabung Dana Pembangunan ini masih dibuka kepada semua yang ingin menyumbang dan boleh di masukkan ke dalam akaun CIMB: SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ AS SYAKIRIN bernombor 8602158682. Semoga Allah Taala membalas jasa tuan-tuan dengan ganjaran syurga diakhirat kelak.

“WHERE KHALIFAH BEGINS”

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.