Karnival Sukan Sekolah As-Syakirin 2016

Akhirnya pada tanggal 23 Julai 2016 (Sabtu), bertempat di Stadium Kajang, Selangor telah berlangsung dengan jayanya Karnival Sukan Sekolah As-Syakirin. Ia melibatkan penyertaan murid dan pelajar dari semua peringkat usia dari ketiga-tiga cawangan yang ada. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus bekerjasama bagi memastikan kejayaan penganjurannya. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pihak pengurusan tertinggi sekolah yang turut bersama menyokong dari awal hingga akhir karnival berlangsung.

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.