Intensif Pendidik Berjiwa Murabbi

12 JUN – Para pendidik Sekolah Islam Integrasi Tahfiz As Syakirin (SIITAS) telah berjaya menjalani Intensif Pendidik Berjiwa Murabbi yang diadakan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat selama tiga hari dua malam.

Pengisian dan modul – modul dalam kursus intensif ini seperti slot Kenali Potensi Diri, Pengurusan Stress, Transformasi Minda dan teambuilding berjaya memberi impak kepada para pendidik SIITAS.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada As Syakirin Learning Group kerana telah mengadakan kursus yang begitu berharga buat kami. Saya akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari selama tiga hari dua malam ini dalam pekerjaan saya sebagai pendidik di SIITAS”, kata Ustaz Mohd Fairuz Mamat, 28.

Bulan Ramadhan bukanlah penghalang kepada terhadnya aktiviti sebagai pendidik berjiwa murabbi malah aktiviti – aktiviti seperti sukan sunnah, solat berjemaah, terawih, berbuka puasa bersama – sama itulah yang memberi kesan kepada rohani dan jasmani seorang murabbi di samping mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan pendidik SIITAS.

Seorang pendidik SIITAS, Ustaz Mohamad Firdaus Mohamad, 26 berkata “Saya mendapat banyak input dan manfaat daripada kursus ini yang mana boleh disimpulkan dengan amanah, tanggungjawab dan ikhlas”.

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.