Guru Sekolah Rendah Islam

Pengenalan

Terbuka kepada calon warganegara berumur 21-28 tahun.
– Mempunyai diploma dalam bidang akademik atau setaraf dengannya.
– Mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Rendah
– Calon mestilah boleh mengajar subjek UPSR

Department: Pendidikan
Project Location(s): Alam Damai
Education: Diploma

Ciri kelayakan

  • Mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Agama Kerajaan atau pun Swasta.
  • Boleh bekerja secara serius selama 2 tahun.
  • Suka mengajar dan menguruskan kanak-kanak.
  • Boleh hormat dan mendengar arahan pihak atasan.
  • Sabar.
  • Amanah dalam menepati masa waktu bekerja (punctual).
  • Berpewatakan dan berketerampilan menarik.
  • Mahir berbahasa inggeris dan mahir jawi.
  • Tak merungut apabila diberi tugasan (tidak berkira kerja).
  • Komited dan energetik dalam melaksanakan arahan serta tugasan dari pihak atasan dengan baik dan positif.
  • Boleh dan perlu kerja lebih masa(overtime).
  • Sporting” dan dapat memberikan sepenuh kerjasama.
  • Dapat menjaga kedatangan dengan baik (waktu kerja/persiapan program/aktiviti).
  • Seorang yang aktif dalam semua program sekolah.
  • Tidak membawa unsur negatif atau berpolitik dalam bekerja.
  • Guru moden dan berwawasan.
  • Calon ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan.
  • Mahir Microsoft Word, Excel dan Powerpoint serta menaip jawi.
  • Suka belajar perkara yang baharu.
  • Menjadikan profesion pendidik sebagai kerjaya.

Tugasan

  • Membuat rancangan pengajaran dengan lengkap dan kreatif.
  • Menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan kaedah tersendiri.
  • Dapat mengawal disiplin pelajar.
  • Memberi konsultasi kepada ibu bapa sekiranya diperlukan.
  • Bersama-sama terlibat dalam menguruskan promosi As-Syakirin.
  • Memegang jawatan dalam organisasi (sekiranya diberi tanggungjawab) dengan baik dan amanah.
  • Bersedia menerima arahan dari semasa ke semasa dari pihak pentadbir sekolah.
  • Sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dan peraturan sekolah.
  • Terlibat dalam aktiviti pemasaran dalam penjenamaan sekolah.
  • Terlibat dalam segala urusan pentadbiran sekolah.
  • Terlibat dalam menguruskan program/aktiviti sekolah.
  • Menguruskan segala keperluan pelajar.
Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

Hubungi kami di pejabat As-Syakirin yang terdekat atau mengemukakan soalan anda dalam talian.

Pendaftaran Pelajar Untuk Kemasukan Ke As-Syakirin Telah Dibuka.

Perlukan bantuan? Sembang dengan kami